Secara normalnya kulit buah zakar adalah licin dan halus. Di kulit tersebut juga terdapat pepundi apokrin yang mengeluarkan pelembab semulajadi. Manakala di bahagian bawah kulit terdapat serabut otot tenang (smooth muscle fibre) yang bertujuan untuk mencengkam dan mengecutkan buah zakar.
Cecair pelembab dari pundi apokrin boleh tersekat dan terkumpul di dalam kulit jika salur pundi apokrin tersumbat seterusnya membentuk ketulan seperti jerawat berwarna kuning yang dipanggil cista epidermoid.
Jika cista epidermoid pecah, cecair berwarna kuning yang dipanggil 'wen' akan meleleh dan memberi bau yang tidak sedap.
Cara mencegah cista epidermoid tumbuh ialah dengan tidak mencukur bulu pada kerandut buah zakar. Ini kerana jika keradangan kulit kerandut berlaku salur pundi apokrin akan tersumbat dan cista akan tumbuh.
[4:49 PM
|
0
comments
]










0 comments
Post a Comment